MACAM MANA NAK HILANGKAN BINTIK HITAM SECARA SEMULA JADI !

Masalah blackhead dan whitehead ini berpunca dari kulit muka yang berminyak sekaligus menyebabkan masalah pada liang pori.

 

Masalah blackhead dan whitehead ini berpunca dari kulit muka yang berminyak sekaligus menyebabkan masalah pada liang pori. Selain itu, kulit muka juga akan jadi berlubang-lubang dan membentuk bintik hitam!

Wanita mana yang tak nak cantik.. betul tak?

Jadi, cara pencegahannya senang sahaja. Korang guna 5 bahan semulajadi ini dan hasilnya memang berkesan!

 

  1. Cuka Apple

Caranya Adalah :-

Campurkan cuka dalam air. Ambil kapas, celupkan dan sapu pada kulit muka. Biar hingga kering dan kemudian bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka

Cuka epal boleh menegangkan kulit muka.

2. Putih telur 

Cara Adalah :-

Ambil putih telur dan pukul dalam bekas kemudian sapu pada muka. Bilas sebaik sahaja jadi kering. Jangan lupa untuk letakkan tisu di atas muka selepas sapu putih telur tersebut. Tarik tisu tersebut selepas putih telur itu betul-betul kering di muka korang. Lakukan 2 kali seminggu okay

Putih telur sangat membantu untuk mengecilkan liang pori dan menghalang kulit muka berminyak.

3. Timun

Caranya Adalah :-

Jadikan timun sebagai jus. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Guna cara ini setiap hari dan jangan lupa durasinya dalam 15 minit tau! Kemudian bilas ya !

4. Jus Lemon

Caranya Adalah :-

Letak satu sudu madu dalam jus lemon. Sapu selama 15 minit di muka sebelum bilas. Lakukan setiap hari tau!

Untuk kekal cerah, hilangkan bintik hitam dan mengecilkan liang pori boleh guna kaedah ini

5. Ice Cube

Caranya Adalah :-

Ambil kiub ais dan balut dengan kain dan letak di bahagian kulit yang bermasalah.  Lakukan selama 30 saat. Kalau tiada masa terluang, korang boleh cuci muka dengan air sejuk berais sekali sehari.


Kena banyak bersabar sikit. Bintik-bintik hitam memang susah nak hilangkan, dan mengambil masa yang lama untuk pudar. Jadi kalau nak kesan yang cepat, kenalah konsisten !

Selamat Mencuba Fairies !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *