6 CARA SELFIE ALA ALA MODEL !

Selfie! Rasanya semua orang pernah melakukan aktiviti ini. Tipulah kalau anda tak pernah berselfie! Fenomena yang pernah menjadi ikutan ramai di seluruh dunia tidak lama dahulu telah menjadi sesuatu perkara yang normal masa kini.

Jadi, sebelum gambar-gambar anda itu di muat naik, anda harus pastikan ianya cukup menarik dan cantik untuk dilihat orang. Kalau tidak, malulah!

Disini, terdapat 6 tips berguna yang boleh anda gunakan untuk berselfie ala-ala model. Dah sedia nak belajar bagaimana untuk menjadi ‘supermodel’ ? Jom!

 


  • Cahaya Terang  

 

 

Antara gambar yang jelas dan gambar yang kabur, mana lebih menarik?! Haaaa… tentulah gambar yang jelas kan? Jadi, cari lokasi atau ruang yang terang untuk berselfie. Cahaya yang cukup dapat memberi refleksi yang cantik kepada gambar selfie anda!

 

 

 

  • Sudut Istimewa Tersendiri 

 

Kita semua ada sisi yang kita rasa kita akan nampak cantik dan sempurna. Oleh itu, tak salah untuk cuba mencari sudut terbaik wajah anda. Mungkin anda boleh dongakkan kepala untuk perlihatkan leher anda yang jinjang atau cuba lentokkan sedikit kepala anda ke kanan. Macam-macam gaya yang boleh anda guna!

 

 

  • Enjoy !

 

Personaliti seseorang dapat dinilai berdasarkan foto, jadi, kenapa perlu malu? Jadilah diri anda sendiri kerana itu lebih menyeronokan. Kalau anda rasa anda seorang yang happy-go-lucky, cubalah buat gaya mimik muka yang pelbagai bagi memberi variasi yang pelbagai kepada foto selfie anda nanti.

 

 

 

  • Selfie bersama Haiwan Perliharaan anda

 

 

Yang ini sesuai untuk anda yang sayangkan binatang. Selain comel, berselfie bersama haiwan peliharaan kesayangan anda dapat menambah karakter kepada foto anda. Cubalah! Pasti ramai yang menyukai gambar anda nanti.

 

 

 

  • Gunakan Cermin 

 

 

Apabila berselfie dihadapan cermin, anda boleh lihat sendiri pergerakkan dan gaya tubuh atau wajah anda dengan lebih jelas, justeru, ini akan bantu anda untuk dapatkan sudut bergaya yang lebih sempurna. Cermin sangat membantu!

 

 

 

 

  • Ajak Rakan – Rakan Berselfie 

Salah satu cara untuk buat foto selfie nampak meriah! Ha ajak teman rapat anda untuk ikut serta! Lebih seronok!

 


Selamat Mencuba Fairies !!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *