3 KHASIAT ALOEVERA YANG ANDA PERLU TAHU !

Tahu tak apa sebenarnya khasiat Aloe Vera ni? Hmm, kalau nak tahu lebih jelas, kenalah baca artikel ini.

Aloe vera juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Lidah Buaya ialah salah satu tumbuhan antara 250 spesies aloe serata dunia. Aloe vera ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun berwarna hijau kekelabuan, berisi tebal, dan bergerigi.

Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun aloe vera. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun per pokok.

 

  • Meningkat Tahap Pencernaan

Proses pencernaan yang sihat memberi kesan positif terhadap fikiran dan tindakan anda, seterusnya memberikan anda tahap kesihatan yang baik secara menyeluruh. Ia menyembuhkan sindrom usus besar  sembelit, dan buasir.

  • Kulit yang Sihat 

Gel aloe vera yang diekstrak daripada daunnya adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk masalah kulit dan ia juga membantu mengurangkan gejala penuaan. Banyak produk penjagaan kulit dan diri, serta kosmetik yang menggunakan ekstrak aloe vera.

Terapi ini  lebih baik dan lebih berkesan daripada kebanyakan krim kulit yang telah terproses di pasaran.  Kebanyakan orang juga lebih suka meminum jus aloe vera, kerana sifat tumbuhan berfungsi secara dalaman. Ia juga membantu menyembuhkan sengat, ruam, jerawat, dan psoriasis.

  • Penjagaan Rambut

Aloe vera telah terbukti boleh menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi. Produk penjagaan rambut yang mengandungi ekstrak aloe vera adalah penting untuk mengekalkan rambut tebal dan sihat.

Anda boleh menyapu gel lidah buaya ke seluruh kulit kepala dan rambut untuk merawat keguguran rambut kerana ia mempunyai enzim yang merangsang pertumbuhan rambut.


Walaupun aloe vera memberi banyak manfaat kepada kesihatan, namun ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada sesetengah individu.
Oleh itu, bagi anda yang ingin mengamalkan aloe vera, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum mengamalkannya.

Selamat Mencuba Fairies !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *