3 CARA BERKESAN UNTUK MENDAPATKAN RAMBUT YANG SIHAT!

Semua orang mahukan rambut sihat, lebat dan bersinar. Namun, sebenarnya sedar atau tidak, rambut kita sering terdedah dengan pelbagai jenis pencemaran serta haba.

Kebanyakan mereka pasti sudah pun mewarna rambut atau melakukan sesuatu pada rambut mereka. Kalau tidak menjaganya dengan betul, rambut kamu akan jadi teruk, terlalu kering dan cepat gugur. Jom Marsya nak kongsikan 3 tips  yang boleh anda cuba untuk merawat dan mendapatkan kembali rambut yang lebih sihat malah lebih bersinar.

Ingatlah bahawa rambut adalah mahkota wanita. Kita tidak mahu kelihatan selekeh apabila bertemu orang luar dengan rambut yang agak kusut dan kering bukan?

  1. Kurangkan Rutin Membasuh Rambut 

Tahukah kamu bahawa air mampu membuat rambut membengkak dari dalam? Ia sebenarnya memaksa pertumbuhan kutikel rambut untuk keluar sebelum masanya. Jika itu berlaku, rambut sebenarnya akan menjadi cukup mudah menjadi kusut dan rosak. Kamu tidak mahu rambut kamu jadi begitu, bukan? Apa yang boleh di buat ialah elakkan mencuci rambut secara harian. Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Kamu juga boleh menggunakan syampu kering sebagai pilihan kedua menggantikan cucian rambut.

2. Elakkan Mandi Air Panas 

Air panas hanya akan merosakkan lagi rambut kamu. Jika kamu gemar mandi air panas, ambil perhatian tentang ini! Air yang panas juga akan membuatkan rambut kamu kering serta kusut. Jika kamu masih mahu mandi air panas, cadangan saya adalah untuk mencampur air yang sejuk dan seeloknya pilih air yang bersuhu sederhana, sedikit suam berbanding terlalu panas.

3. Gunakan Syampoo yang Berkualiti 

Ramai yang beranggapan bahawa mencuci rambut terlalu kerap boleh menyebabkan rambut menjadi kering, hilang minyak semulajadi yang terkandung pada rambut dan merosakkan rambut. Syampu rambut anda selang sehari! Sesetengah orang hanya mencuci rambut 2 kali seminggu.


Okay, bolehlah cuba apply 3 Tips ni untuk jaga kesihatan rambut. Guna produk yang selamat, amalkan pemakanan sihat dan elakkan stress InsyaAllah badan kita akan sihat, rambut pun akan ikut sihat jugak.

 

Selamat Mencuba Fairies !

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *